Tiada lesen memandu kesalahan paling tinggi

14 Jul 2022 • 9:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Kesalahan tiada lesen memandu paling banyak dikesan sepanjang empat hari Operasi Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha (HRAA), kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah.

Beliau berkata, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan terhadap 5,432 kenderaan sepanjang tempoh operasi itu yang dilaksanakan iaitu dua hari sebelum dan dua hari selepas sambutan Aidiladha.

"Sepanjang empat hari operasi sebanyak 216 notis atas kesalahan tiada lesen memandu telah dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Khas Motosikal HRAA di sini malam Rabu yang turut melibatkan anggota Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pendaftaran Negara dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

image is not available

Mohd Misuari berkata, sebanyak 1,116 notis melibatkan pelbagai kesalahan lain juga telah dikeluarkan.

"Antara notis dikeluarkan ialah enam di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ), Seksyen 9 APJ (53 notis), Seksyen 61 (1) APJ (128 notis), Seksyen 63 (1) APJ (25 notis), Seksyen 82 (1) APAD 2010 (35 notis) dan Seksyen 64(1) APJ (satu notis),” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved