Operasi Lapangan Antarabangsa Kuching dihentikan sementara akibat insiden pesawat TUDM tergelincir

LocalPolitics
23 Jun 2025 • 3:25 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Operasi Lapangan Antarabangsa Kuching dihentikan sementara akibat insiden pesawat TUDM tergelincir

image is not available

23/06/2025 - 15:25

Pesawat TUDM terbabit insiden landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi tadi. - Gambar/X

KUALA LUMPUR 23 Jun - Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dihentikan sementara pagi ini susulan insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), pagi ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), selaku pengendali KIA memaklumkan, insiden tersebut berlaku sekitar pukul 11.30 pagi, yang memaksa penutupan landasan utama lapangan terbang bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat dan pembersihan dijalankan dengan selamat.

"Satu notis kepada juruterbang telah dikeluarkan dan penutupan ini dijangka berterusan sehingga pukul 3 petang hari ini.

"Sepanjang tempoh penutupan ini, semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas.

"Penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.

MAHB turut memaklumkan, maklumat terkini akan diberikan sebaik sahaja Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengisytiharkan landasan selamat untuk digunakan.- DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved