Operasi lebih masa: Penjaga premis hiburan didenda RM3,000

31 Jul 2024 • 1:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang penjaga premis hiburan didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana menjalankan operasi pusat hiburan itu melebihi masa yang dibenarkan.

Avegee Yusen, 29, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie melakukan kesalahan itu di New Delux KTV, tingkat empat Kompleks Asia City di sini, pada jam 2.40 pagi, 5 Mac tahun ini.

Pertuduhan menyatakan Avegee menjalankan operasi premis itu melebihi masa yang ditetapkan iaitu jam 2 pagi seperti yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan untuk premis itu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azizi Hamil memaklumkan mahkamah bahawa sepasukan polis menyerbu tempat itu berikutan maklumat dan mendapati ia masih beroperasi dengan muzik kuat dan pelanggan di dalamnya.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Siasatan mendapati premis itu melanggar syarat lesen yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kerana menjalankan perniagaan melebihi masa dibenarkan kerana premis itu hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 2 pagi.

Avegee melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Hiburan Awam 1958 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, dua orang didenda kerana terlibat dalam perjudian.

Soni Ekim, 40, yang bekerja sendiri, diperintahkan oleh Majistret Lovely Natasha Charles membayar denda RM1,800 atau penjara dua bulan kerana membeli tiga tiket loteri haram pada 15 Julai tahun ini, jam 4.10 petang, di Inanam New Township.

Bariah Zaman, 24, didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Majistret Stephaine kerana terlibat dalam sesi perjudian dalam talian di khalayak ramai pada jam 2.46 petang, 26 Julai lalu, di sebuah kafe di Universiti Plaza.

Soni didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan, manakala Bariah didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta sama, yang turut memperuntukkan hukuman yang sama.

Sementara itu, seorang buruh berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan kerana memiliki telefon pintar curi.

Mohammad Pathil Ali mengaku di hadapan Majistret Lovely memiliki Samsung Galaxy A50 curi milik Panaligan Rodelio pada 28 Jun tahun ini, jam 3 petang, di kawasan tempat letak kereta Blok C, Apartmen Putatan Platinum, Putatan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah mendengar daripada Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak bahawa telefon bimbit itu adalah antara harta yang dicuri dari sebuah premis yang dipecah masuk pada 26 Jun tahun sama.

Pathil diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.