Operasi LRT Tergendala, Suasana Orang Ramai Sesak Tular

9 Nov 2022 • 12:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suasana sesak dan riuh tercetus di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai menjadi tular selepas pemgumuman notis gangguan perkhidmatan itu dikeluarkan RapidKL pada pagi tadi.

Berdasarkan video perkongsian awam @izzulfaris78 di Twitter, orang ramai dilihat sedang bersesak-sesak menunggu pengangkutan awam yang lain seperti bas bagi membolehkan mereka bergerak menuju ke destinasi masing-masing.

Menurutnya, selepas setengah jam dari waktu kemuncak, hanya satu bas yang dilaporkan datang bagi membantu orang ramai yang telah menunggu lama disebabkan oleh penggantungan operasi itu.

Pagi tadi, media melaporkan berhubung operasi LRT tergendala melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park selama tujuh hari bermula hari ini.

16 Stesen LRT tersebut ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan terakhir Ampang Park.

Penggantungan operasi itu bermula dari 9 November sehingga 15 November, dimana hanya melibatkan stesen LRT yang beroperasi dari pukul 6 hingga 11 malam sahaja.

Sumber: @izzulfaris78 via Twitter