Operasi Maritim Malaysia rekod 872 tangkapan tahun ini

3 Nov 2026 • 2:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Operasi Maritim Malaysia rekod 872 tangkapan tahun ini

GEORGETOWN: Sebanyak 872 tangkapan direkodkan hasil operasi penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi tempoh sehingga 31 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, pencapaian itu direkodkan hasil 173,633 pemeriksaan dan 38,712 penggeledahan yang dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan hasil operasi penguatkuasaan itu pula melebihi RM2.65 bilion.

“Sepanjang tahun 2026, Maritim Malaysia terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di perairan negara, membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan serta meningkatkan kesiapsiagaan operasi mencari dan menyelamat.

“Kami  turut memberikan penekanan kepada pendekatan operasi berasaskan maklumat risikan, analisis ancaman dan penilaian risiko bagi membolehkan aset serta anggota digerakkan secara lebih bersasar, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi,” katanya.

Beliau ditemui semasa Program Hari Bersama Media Maritim Malaysia Tahun 2026 di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Rosli berkata, sebanyak 180 kes operasi dan menyelamat dikendalikan sepanjang tempoh berkenaan membabitkan 1,000 mangsa.

Katanya, nilai harta benda yang berjaya diselamatkan menerusi operasi itu berjumlah RM6.91 juta.

Beliau berkata, pencapaian berkenaan juga mencerminkan tanggungjawab besar yang dipikul anggota Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan serta menyelamatkan nyawa di laut.

“Pendekatan intelligence-led operations membolehkan kita melaksanakan operasi berdasarkan maklumat risikan dan penilaian risiko supaya tindakan penguatkuasaan lebih berkesan,”  jelasnya. -UTUSAN

The post Operasi Maritim Malaysia rekod 872 tangkapan tahun ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved