Empat nelayan khayal dadah ditahan atas bot

3 Nov 2026 • 4:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Empat nelayan khayal dadah ditahan atas bot

MUAR: Seramai empat nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Emas, di sini malam tadi kerana positif dadah.

Pengarah Maritim Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, operasi yang dijalankan bermula pukul 11 malam itu dilakukan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor.

Katanya, sebanyak enam bot nelayan diperiksa dalam operasi tersebut.

“Selepas ujian urin dibuat, tiga nelayan positif dadah jenis methaphetamine, manakala seorang lagi positif ganja. Kesemua mereka berusia antara 30 hingga 39 tahun.

“Penahanan mereka dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohammad Zaini, penyalahgunaan dadah dalam kalangan individu yang bekerja di laut boleh mendatangkan risiko bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada kru, vesel dan pengguna laut lain.

“Operasi itu bukan hanya memberi tumpuan terhadap pematuhan undang-undang maritim tetapi juga penting dalam menangani faktor yang boleh menjejaskan keselamatan, pertimbangan dan keupayaan nelayan bekerja di laut,” katanya.-UTUSAN

The post Empat nelayan khayal dadah ditahan atas bot appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved