Operasi Mencari Bahan Bukti Kes Bunuh Nur Farah Kartini Diteruskan

19 Jul 2024 • 12:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
farah kartini

Nampaknya, masih ada lagi beberapa bahan bukti yang perlu dicari oleh PDRM berkait kes pembunuh, Nur Farah Kartini. Ini apabila, operasi pencarian bahan bukti itu diteruskan lagi pagi ini di Sungai Trolak, Kampung Batu, Perak.

Operasi ini disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintindan Ahmad Faizal Tahrim di mana tumpuan sepenuhnya dilakukan di lokasi kedua.

Sebelum ini, pihak polis telah berjaya menemui telefon bimbit dan beg tangan wanita dipercayai milik mangsa.

Nur Farah Kartini sebelum ini ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu selangor pada isnin selepas suspek utama menunjukkan lokasi kejadian.

image is not available

Jap!