Operasi pencarian tiga lagi mangsa Kepala Air di Sungai Pertak diteruskan

11 Nov 2026 • 11:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Operasi pencarian tiga lagi mangsa Kepala Air di Sungai Pertak diteruskan

KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang masih hilang dalam insiden kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, diteruskan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, tiga mangsa yang masih belum ditemukan itu terdiri daripada seorang lelaki warga Yemen dan dua lelaki warga India.

Beliau berkata, operasi pencarian hari ini memberi tumpuan di beberapa lokasi iaitu jambatan (Seksyen C) dan empangan (Seksyen D).

“Beberapa aset turut digunakan iaitu bot serta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan penyelamat lain.

“Pasukan K9 dan STORM akan memulakan pencarian dari Kuala Empangan (Seksyen B) sebelum bergerak ke bahagian hulu sungai bersama Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (MGP Malaysia).

“Sementara itu, pasukan JBPM Kuala Kubu Bharu dan APM akan terus memberi tumpuan di Seksyen A, manakala dua pasukan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) membantu operasi di Seksyen C dan D,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi semalam diteruskan sehingga malam tadi menerusi kaedah pemerhatian di permukaan air, terutama di Seksyen C (Jambatan) dan Seksyen D (Empangan)

“Setakat ini, jumlah mangsa yang ditemukan kekal lima orang,” katanya. – UTUSAN

The post Operasi pencarian tiga lagi mangsa Kepala Air di Sungai Pertak diteruskan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved