Wanita maut dihanyutkan arus, tiga termasuk dua kanak-kanak selamat

11 Nov 2026 • 10:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita maut dihanyutkan arus, tiga termasuk dua kanak-kanak selamat

SUNGAI SIPUT: Seorang wanita maut manakala tiga lagi termasuk dua kanak-kanak perempuan terselamat selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Jalong Tinggi, Kampung Landap Kerbau, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian yang dilaporkan kepada pihak bomba kira-kira pukul 5.41 petang itu melibatkan empat individu berusia antara sembilan hingga 37 tahun.

Katanya, tiga mangsa iaitu lelaki berusia 27 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun berjaya diselamatkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Bagaimanapun, seorang wanita berusia 37 tahun ditemukan di tebing seberang sungai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Ketua operasi kemudian mengarahkan anggota menggunakan laluan darat yang boleh dilalui kenderaan bagi mendapatkan mangsa di tebing berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba, anggota jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) cuba memberikan bantuan awal kepada mangsa termasuk melakukan bantuan pernafasan.

Katanya, mangsa bagaimanapun masih tidak sedarkan diri sementara menunggu ketibaan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

The post Wanita maut dihanyutkan arus, tiga termasuk dua kanak-kanak selamat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved