Operasi SAR Mencari 5 Mangsa Bot Karam Di Sungai Sarawak Gigih Diteruskan

19 Oct 2024 • 2:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pencarian mangsa pada hari kedua diteruskan

Operasi SAR Mencari 5 Mangsa Bot Karam Di Sungai Sarawak Gigih Diteruskan. Dilaporkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan lima mangsa yang hilang selepas bot mereka terbalik semasa sesi latihan untuk Regatta Sarawak diteruskan hari ini.

Operasi SAR melibatkan seramai 46 anggota dari pelbagai agensi dan menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, pencarian bermula seawal jam 6.30 pagi hari ini.

image is not available
Operasi SAR Mencari 5 Mangsa Bot Karam Di Sungai Sarawak Gigih Diteruskan. Sumber gambar: FB APM Kuching

Pasukan telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama berada di lokasi kejadian, yang berdekatan dengan kediaman bekas Tuan Yang Terutama (TYT), dan turut diberi tumpuan kepada pencarian teknik sonar di kawasan itu terlebih dahulu.

Kumpulan kedua pula dikatakan bakal menyusuri kawasan dari muara sungai dan bergerak ke hulu sungai. Pihak SAR akan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa mengenai perkembangan operasi berkenaan.

image is not available

Menggunakan jaket keselamatan

Mohd Farhan turut menasihatkan para peserta yang menjalani latihan untuk Regatta Sarawak supaya terus menggunakan jaket keselamatan.

Beliau difahamkan oleh penganjur bahawa para pendayung memakai jaket keselamatan semasa latihan dan terdapat pengiring yang hadir, tambahnya.

Beliau juga memberikan taklimat kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa di tapak operasi SAR dan menasihatkan mereka untuk menghubungi ibu pejabat polis daerah Kuching bagi sebarang pertanyaan.

image is not available
Sumber gambar: FB APM Kuching

Beberapa agensi terlibat dalam operasi ini, termasuk Polis Diraja Malaysia dengan Pasukan Operasi Udara dan Pasukan Marin, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Lembaga Sungai Sarawak, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Laut.

Lagi artikel berkaitan di sini: