Operasi SAR pemukat hilang diteruskan

4 Sep 2025 • 12:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di muara Sungai Serusup pada 30 Ogos lalu, masih giat dijalankan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pasukan penyelamat memperluaskan kawasan pencarian dengan membahagikan operasi kepada enam kumpulan.

“Selain persisiran pantai Sabandar, pasukan turut melakukan pencarian di persisiran pantai Impian, jeti sungai Kampung Serusup hingga ke muara serta kawasanPulau Gandang. Pencarian turut meliputi Kampung Baru-baru dan persisiran pantai Kampung Serusup,” katanya.

Beliau berkata, selain kenderaan utiliti pacuan empat roda dan bot, tiga dron turut digunakan dalam operasi SAR itu.

Lebih 25 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi berkenaan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Marin (PPM). Difahamkan, lebih 20 penduduk kampung turut membantu menggunakan tujuh bot milik mereka bagi mengesan mangsa.

“Setakat ini hanya bot dan pukat milik mangsa ditemui hanyut, manakala tiada petunjuk lain ditemui. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.19 tengah hari Isnin daripada polis yang memaklumkan kejadian itu.

Mangsa disedari hilang oleh keluarganya apabila tidak pulang selepas keluar memukat ikan dengan menaiki  bot pada jam 4.30 pagi, 30 Ogos lalu.