Operasi Tangkap Anjing Liar Di Klang Patuhi SOP - Datuk Bandar

3 Aug 2026 • 4:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Operasi Tangkap Anjing Liar Di Klang Patuhi SOP - Datuk Bandar

Operasi Tangkap Anjing Liar Di Klang Patuhi SOP - Datuk Bandar

SHAH ALAM, 3 Ogos (Bernama) -- Operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, 29 Julai lepas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Datuk Abd Hamid Hussain berkata kaedah tangkapan pada malam kejadian menggunakan peralatan loop yang mengikut piawaian kementerian.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat memberikan komen (dakwaan anjing dipukul) kerana ia bergantung kepada laporan siasatan polis,” katanya kepada pemberita di Lobi Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini.

Abd Hamid berkata operasi berkenaan dilaksanakan berikutan kekerapan aduan daripada penduduk dan pelajar yang mendakwa diganggu serta dikejar, malah ada yang cedera akibat anjing liar.

“Ada mangsa yang (cedera) kritikal menyebabkan kita mengadakan operasi bersama penduduk untuk melaksanakan tangkapan anjing di kawasan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Hamid berkata kecederaan pada anjing itu dipercayai berlaku susulan perebutan dengan seorang wanita yang mendakwa sebagai pemilik haiwan berkenaan.

Baca juga:

“Kalau ikut kenyataan awalnya, dia kata anjing tersebut miliknya, tapi akhirnya dia kata bukan pula. Jadi kita pun tak tahu. Oleh kerana perkara ini melibatkan siasatan polis, kita minta supaya pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dahulu dan tindakan seterusnya berdasarkan hasil siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata notis berhubung tangkapan anjing liar tersebut telah dimaklumkan kepada penduduk taman berkenaan sebelum operasi itu dilakukan.

Abd Hamid berkata pihaknya berdepan kekangan untuk menangani isu anjing liar berikutan kekurangan anggota serta kesukaran mendapatkan syarikat swasta bagi menjalankan operasi tangkapan sedangkan kira-kira 50 aduan anjing liar direkodkan sebulan di samping kawasan Klang sangat luas.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved