Operasi Utusan Malaysia, Kosmo! diteruskan, tidak tutup

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2026 • 10:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Operasi Utusan Malaysia, Kosmo! diteruskan, tidak tutup

PETALING JAYA – Media Mulia Sdn. Bhd. menegaskan bahawa syarikat tidak menutup operasinya.

Kenyataan dikeluarkan pada 2 November lalu telah menjelaskan bahawa syarikat sedang melaksanakan usaha merombak model perniagaan susulan perubahan landskap industri media yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Perubahan ini turut memberi kesan kepada organisasi media antarabangsa. Sebagai contoh, The Washington Post telah mengurangkan kira-kira 30 peratus daripada tenaga pekerja, manakala BBC pula mengumumkan cadangan pengurangan sekitar 1,800 jawatan.

Dalam menghadapi cabaran semasa ini, Media Mulia memilih pendekatan yang lebih berhemah dan tidak mengambil keputusan drastik.

Melalui Skim Program Cuti Berbayar selama tiga bulan, syarikat telah mengenal pasti sebahagian daripada kakitangan yang terlibat dalam program ini, dengan mereka terus menerima gaji penuh sepanjang tempoh tersebut.

Tempoh tiga bulan ini akan memberikan ruang kepada syarikat untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap kedudukan operasi, struktur organisasi dan keperluan sumber manusia sebelum menentukan langkah seterusnya.

Sebarang tindakan selepas tempoh tersebut, jika diperlukan, akan dilaksanakan mengikut ketetapan undang-undang dan Akta Pekerja yang berkuat kuasa.

Salah satu matlamat utama transformasi ini adalah memperkukuhkan kandungan dan platform digital Media Mulia.

Media Mulia kekal komited  untuk meneruskan operasi, memperkukuh perniagaan dan memastikan legasi Utusan Malaysia serta Kosmo! terus berkembang dalam landskap media baharu di mana sehingga kini syarikat telah berjaya meningkatkan pembaca melalui saluran digital mencecah lebih dari tiga juta pembaca.

The post Operasi Utusan Malaysia, Kosmo! diteruskan, tidak tutup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved