Syarikat minuman keras tarik diri taja Hyrox KL

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 5:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Syarikat minuman keras tarik diri taja Hyrox KL

KUALA LUMPUR: Kontroversi penajaan syarikat minuman beralkohol bagi acara HYROX Kuala Lumpur 2026 akhirnya menemui titik noktah apabila penganjur memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama bagi edisi di Malaysia.

Keputusan itu diumumkan HYROX Malaysia menerusi satu kenyataan susulan kebimbangan dan bantahan yang timbul selepas syarikat minuman beralkohol diperkenalkan sebagai rakan rasmi serantau acara berkenaan.

Penganjur turut mengakui kesilapan kerana tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan, khususnya berkaitan kepercayaan agama dan nilai budaya di Malaysia.

“Kami memahami mengapa perkara ini menimbulkan kebimbangan dan rasa tersinggung. Kami sepatutnya memberikan pertimbangan lebih mendalam terhadap kepercayaan agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

“Kami melakukan kesilapan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan tidak akan meluluskan penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026 selagi tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya, termasuk pengeluaran semua logo, cap dagangan dan bahan promosi daripada saluran rasmi acara serta lokasi pertandingan.

The post Syarikat minuman keras tarik diri taja Hyrox KL appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved