Oppo A38 Dengan 6GB RAM Kini Ditawarkan Pada Harga RM499

TechnologyDigital
21 Jul 2024 • 9:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo A38 4G telah dilancarkan di Malaysia pada bulan September tahun lalu. Ia merupakan peranti kelas pertengahan dengan fokus terhadap kamera utama 50MP, bateri 5000mAh dan skrin berkadar segar semula tinggi 90Hz. Peranti kini dijual pada RM499 sebuah iaitu pengurangan dari harga asalnya RM549.

image is not available

Untuk spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.56″ LCD HD+ (1612×720 piksel), dijana cip Helio G85, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Dwi-kamera utama adalah kombinasi 50MP f/1.8 dan sensor kedalaman 2MP f/2.2. Kamera hadapan pula sebesar 5MP f/2.2 dengan sokongan flash. Bateri sebesar 5,000mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Ia masih menggunakan sistem operasi 13.1. Terdapat sokongan pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, port USB-C fan bluetooth 5.3.