Oppo A38: Helio G85, kamera 50MP, bateri 5,000mAh pada harga RM599

Digital
5 Sep 2023 • 1:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Oppo Malaysia mengumumkan sebuah telefon baharu dalam siri OPPO A. Model kali ini adalah Oppo A38 dan daripada segi spesifikasi, ia boleh dimasukkan dalam kategori mampu milik. Ia ditawarkan pada harga RM599 dan boleh mula didapatkan melalui saluran rasmi OPPO, contohnya di Shopee.

image is not available

Spesifikasi Oppo A38 di Malaysia

Oppo A38 adalah sebuah telefon dengan skrin 6.56" beresolusi HD+. Panel LCD ini mempunyai kadar segar semula setinggi 90Hz dan kecerahan setinggi 720 nits. Untuk sebuah panel paparan LCD pada telefon berharga RM599, kemampuan panel ini untuk mencakupi 96% gamut warna DCI-P3 boleh dianggap baik.

image is not available

Atas papan utama, cip pemproses yang menguasakan telefon ini adalah Mediatek Helio G85. Cip ini digunakan pada beberapa telefon lain seperti Oppo A58, Poco C55, Vivo Y27, Redmi 12C, dan Infinix Hot 20.

image is not available

Bersama-sama dengan cip tersebut, Oppo menggandingkannya dengan RAM 4GB serta storan seluas 128GB. Fungsi RAM Expansion turut hadir untuk kemudahan pengguna. Satu ciri yang menarik untuk dicuba adalah Ultra Volume Mode. Katanya ia boleh pacu audio 300% lebih kuat daripada biasa.

image is not available

Di bahagian pengimejan, kamera ini memperagakan dwikamera belakang berkombinasi 50MP dan 20MP. Kamera depan pula 5MP. Spesifkasi kameranya biasa-biasa sahaja, lebih baik ada daripada tiada.

image is not available

Sistem bateri berkapasiti 5,000mAh membekalkan tenaga kepada telefon ini. Ia dicas menggunakan blok pengecas SuperVOOC 33W. Dikatakan yang 15 minit mengecas mampu berikan tempoh menonton YouTube selama 5 jam lamanya.