Oppo A3x Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM399

TechnologyDigital
15 Aug 2024 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semakan kami melalui media sosial mendapati peranti baharu Oppo A3x telah mula ditawarkan di Malaysia. Ia boleh dimiliki pada harga bermula RM399 (4/64GB), RM499 (4/128GB) dan RM599 (6/128GB) melalui kesemua pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia. Sebanyak dua pilihan warna disediakan iaitu Nebula Red dan Ocean Blue.

image is not available

Oppo A3x menggunakan skrin LCD sebesar 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia dipadankan juga dengan cip Snapdragon 6s Gen 1, memori hingga 6GB RAM, storan 128GB dan menjalanjan ColorOS 14. Bateri 5100mAh disertakan boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 45W. Peranti juga memuatkan kamera utama sebesar 8MP dan swafoto 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari sisi, kalis air IP54 dan bicu audio 3.5mm.