Oppo A57 Dengan MediaTek Helio G35 Berharga RM699 Di Malaysia

TechnologyDigital
27 Jun 2022 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo A57 kini telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan. Ia dijual pada RM699 dengan dua pilihan warna seperti Glowing Black dan Glowing Green. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi kedai atas talian Oppo bermula hari ini. Setiap pembelian didatangkan dengan Oppo USB Pendrive sebesar 32GB secara percuma.

image is not available

Untuk spesifikasi, Oppo A57 menggunakan skrin OLED 6.56-inci beresolusi HD+ (1612 x 720) dan kadar segar semula 60Hz. Ia turut dipadankan dengan cip MediaTek Helio G35, memori 4GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 64GB (eMMC 5.1). Seterusnya, bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W. Tetapan kamera terdiri dengan 13MP + 2MP dan kamera swafoto adalah 8MP.