Oppo A57 Kini Boleh Dibeli Dengan Harga Lebih Murah – RM599

TechnologyDigital
14 Jul 2023 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga jualan Oppo A57 telah dikemas kini ke RM599 dengan diskaun sebanyak RM100 diberikan melaluinya. Ini menjadikan peranti boleh dibeli dengan harga lebih murah berbanding asal iaitu RM699. Bagi yang berminat, ia sedia boleh dibeli mulai sekarang menerusi pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

image is not available

Oppo A57 dilengkapi dengan skrin 6.56-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ini digabungkan lagi dengan cip MediaTek Helio G35, memori 4GB RAM (LPDDR4X) dan storan 128GB (eMMC 5.1) untuk tunjang utama.

Peranti juga mempunyai dwi-kamera utama 13MP + 2MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 5000mAh yang juga menyokong pengecasan 33W. Lain-lain spesifikasi termasuklah imbasan cap jari sisi, sokongan bluetooth 5.3,sambungan USB-C dan bicu audio 3.5mm.