Oppo A58 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM699

TechnologyDigital
9 Aug 2023 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo A58 akhirnya diumumkan secara rasmi di Malaysia hari ini, sekaligus melengkapkan lagi barisan produk berkenaan. Dijual pada RM699, anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

image is not available

Oppo A58 merupakan peranti 4G yang dijana dengan cip MediaTek Helio G85. Gabungan memori 6GB RAM LPDDR4X dan storan dalan 256GB Emmc5.1 juga disertakan. Selain turut sama memuatkan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Seterusnya peranti juga mempunyai kamera utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.3, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan menjalankan ColorOS 13.1.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved