Oppo Mengacah Kehadiran A58 Untuk Pasaran Malaysia

TechnologyDigital
4 Aug 2023 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo menerusi kemaskini baharu di Facebook rasmi memberi petanda bahawa terdapatnya peranti baharu bakal ditawarkan di Malaysia. Ia akan menjadi penawaran terkini di bawah siri A iaitu Oppo A58, namun butiran lanjut mengenai perant tersebut sama ada perkakasan dalaman dan tarikh pelancaran khusus masih belum didedahkan.

image is not available

Meskipun begitu, ada kebarangkalian ia boleh menjadi pengenalan untuk Oppo A58 4G yang diumumkan baru-baru ini. Tambahan pula peranti dengan kemasan serba hijau yang diperlihatkan seakan mewakili salah satu pilihan warna tersedia. Begitu juga dengan reka bentuk peranti yang sepenuhnya turut menguatkan lagi dakwaan tersebut. Bagaimanapun ia hanya spekulasi awal sahaja dan sama-sama nantikan perkongsian lanjut daripada Oppo Malaysia.