Oppo Akan Mengembalikan Sokongan Zum Optikal 10x Pada Siri Find X8

TechnologyDigital
23 Aug 2024 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo adalah antara yang terawal memperkenalkan telefon pintar dengan zum nirhilang 10x melalui sensor periskop. Namun, tahun demi tahun Oppo menyepi dengan teknologi ini keran a Samsung dengan ciri Space Zoom telah mendominasi pasaran. Terbaru, Oppo dikatakan akan mengembalikan ciri zum optikal 10x ini.

image is not available
Oppo Find X7 Ultra

Peranti ini dikatakan akan disertakan pada siri Find X8, mungkin Find X8 Pro atau Ultra. Peranti ini akan menggunakan 4 sensor 50 Megapixel dengan salah satu daripadanya adalah sensor periskop untuk zum optikal 10x. Peranti ini akan dijana dengan cip Dimensity 9400, menggunakan skrin 6.8-inci 120Hz lengkungan-mikro, bateri berkapasiti 5,700mAh dan pengecasan 100W.

Oppo Find X8 dikatakan adalah peranti hampir sama cuma saiznya lebih kecil dan tidak menyokong zum 10x tetapi mungkin akan menyokong zum optikal 5x. Berdasarkan imej tertiris semalam, siri Find X8 akan menyertakan suis lungsur notifikasi ikonik OnePlus. Tiada informasi jika siri Find X8 akan dijual di pasaran Malaysia atau terhad di pasaran China sahaja. Sama-sama kita nantikan.