Oppo Berkongsi Senarai Peranti Untuk Kemaskini ColorOS 15 Versi Global

TechnologyDigital
21 Nov 2024 • 1:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo secara rasminya mengumumkan pelancar ColorOS 15 untuk pengguna global pada hari ini. Ia dibina berasaskan sistem operasi Android 15 dan bakal diedarkan pada telefon pintar Oppo terpilih di seluruh dunia. Seperti biasa tiada tarikh yang tepat dinyatakan tetapi sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan rujukan tentang peranti yang layak dan bila masanya kemaskini akan diterima kelak. Oppo memulakan edaran kemaskini dengan siri Find X8 dan model-model lain yang disenaraikan di bawah akan menyusul kemudian.

image is not available

November 2024

  • Oppo Find N3
  • Oppo Find N3 Flip
  • Oppo Reno 11 Pro 5G
  • Disember 2024
  • Oppo Reno 12 Pro 5G
  • Oppo Reno 12 5G 
  • Oppo Reno 12 FS 5G
  • Oppo Reno 12 F 5G
  • Oppo Reno 11
  • Oppo Reno 11 F 5G 
  • Oppo K12x 5G
  • Oppo F27 5G

Q1 2025

  • OPPO Find N2 Flip
  • OPPO Find X5 Pro
  • OPPO Find X5
  • OPPO Reno11 A
  • OPPO Reno10 Pro+ 5G
  • OPPO Reno10 Pro 5G
  • Oppo Reno10 5G

Q2 2025

  • OPPO Reno12 FS
  • OPPO Reno12 F
  • OPPO Reno11 FS
  • OPPO Reno8 T 5G
  • OPPO Reno8 T
  • OPPO F23 5G