Oppo Enco Air5 Dan Air5s Boleh Didapati Di Malaysia – Harga Bermula RM249

LocalDigital
8 Jul 2026 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo secara rasmi memperkenalkan fon telinga tanpa wayar terbaharu mereka, Enco Air5 dan Enco Air5s ke pasaran Malaysia. Kedua-dua model ini menekankan kualiti audio premium, sambungan Bluetooth yang stabil serta rekaan ringan untuk keselesaan penggunaan harian.

image is not available

Enco Air5 menggunakan pemandu audio 12mm bersama teknologi Adaptive Sound Enhancement yang membantu menghasilkan keseimbangan bunyi secara konsisten. Fon telinga ini turut menyokong Real-time Adaptive Noise Cancellation serta sistem pembatalan suara khusus untuk memastikan panggilan lebih jelas.

image is not available
image is not available
image is not available

Ia juga menyokong Bluetooth 5.2 dengan sokongan codec AAC/SBC 6.0 dan boleh berfungsi dalam jarak sehingga 10 meter. Di samping itu, ia menawarkan sambungan dwi peranti, akses segera ke Spotify Tap, serta fungsi AI Translate yang memudahkan komunikasi rentas bahasa. Baterinya pula mampu bertahan 54 jam bersama pod pengecas dan turut dilengkapi penarafan IP55 untuk perlindungan daripada habuk dan percikan air.

image is not available

Enco Air5s turut dilengkapi dengan ciri sambungan dan fungsi pintar yang sama seperti Air5. Beratnya hanya 4.9g setiap fon telinga yang menjadikannya ringan dan selesa dipakai sepanjang hari. Ia menggunakan pemandu audio 12mm bersama teknologi Adaptive Sound Enhancement untuk menghasilkan keseimbangan bunyi yang konsisten.

image is not available
image is not available
image is not available

Dari segi bateri, ia mampu bertahan sehingga 48 jam bersama pod pengecas. Sambungan pula menggunakan Bluetooth 5.2 dengan sokongan codec AAC/SBC 6.0 dan boleh berfungsi dalam jarak sehingga 10 meter.

image is not available

Bagi yang berminat, Enco Air5 dijual pada harga RM249. Sementara itu, Enco Air5s ditawarkan pada harga RM299 sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved