Oppo Enco Air5s Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri Hingga 48 Jam

TechnologyDigital
26 Jun 2026 • 2:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Enco Air5s Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri Hingga 48 Jam

Oppo Enco Air5s ialah fon telinga separa dalam telinga (semi-in-ear) pertama Oppo yang dilengkapi dengan Active Noise Cancellation (ANC). Kebiasaannya, fon telinga semi-in-ear lebih ringan dan selesa dipakai lama tetapi rekaan terbuka menjadikannya sukar untuk menawarkan ANC yang berkesan.

Image from: Oppo Enco Air5s Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri Hingga 48 Jam

ANC pintar ini menggunakan teknologi Real-time Adaptive Noise Cancellation yang menyesuaikan tahap pembatalan hingar mengikut bentuk telinga dan persekitaran. Sistem Adaptive Sound Enhancement  turut membantu dengan mengurangkan bunyi suara di sekeliling sekali gus mengurangkan gangguan perbualan di tempat awam. Fon telinga ini juga dilengkapi pemnadu audio 12mm dengan bass, vokal dan treble yang jelas.

Image from: Oppo Enco Air5s Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri Hingga 48 Jam

Fon telinga ini turut dilengkapi sistem EQ yang membolehkan pengguna melaras bunyi mengikut citarasa. Sambungan pantas boleh dibuat melalui Bluetooth 6.0 dengan fungsi Dual Connection, membolehkan pertukaran antara peranti tanpa perlu sambungan semula. Ia juga menawarkan ciri pintar seperti kawalan kelantangan, sokongan pembantu suara, Spotify Tap, dan AI Translate untuk terjemahan masa nyata.

Image from: Oppo Enco Air5s Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri Hingga 48 Jam

Bateri yang digunakan mampu bertahan 48 jam dengan bantuan pod pengecas. Fon telinga ini juga mempunyai penarafan IP55 untuk perlindungan daripada habuk dan percikan air. Oppo Enco Air5s ditawarkan dalam pilihan warna Lunar White, Midnight Black dan Starlight Purple. Ia kini dibuka untuk pratempahan di Malaysia dan turut akan dilancarkan pada 8 Julai bersama siri Oppo Reno16.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved