Oppo Dijangka Akan Hadir Dengan Peranti Mercu Kamera Hasseblad Baharu

TechnologyDigital
30 Dec 2022 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri Oppo Find X adalah peranti mercu Oppo yang memfokuskan kepada kamera dan juga rekaan unik. Sistem kamera yang mereka gunakan adalah kerjasama bersama Hasselblad dan setakat ini. Terkini, Oppo dikatakan mungkin akan melancarkan peranti mercu baharu lain bukan di bawah Find X dengan kamera Hasselblad juga.

Peranti ini dikatakan akan menggunakan modul kamera berbentuk bulat dan dilengkapi dengan konfigurasi tri-kamera. Konfigurasi kamera ini dikatakan turut akan menyertakan sokongan periskop untuk mod potret dan juga lensa filem Hasselblad.

image is not available

Buat masa sekarang, tiada sebarang informasi rasmi mengenai peranti ini akan dilancarkan di bawah siri apa. Mungkin siri baharu atau boleh jadi, di bawah siri Reno. Pendapat kami, jika peranti ini dilancarkan Oppo mungkin turut akan menyertakan cip mereka tersendiri iaitu MariSilicon X seperti Oppo Reno8 Pro.