Oppo Find N5 Akan Dilancarkan Ke Pasaran Global Pada 20 Februari 2025

TechnologyDigital
10 Feb 2025 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Find N5 akan dilancarkan sebagai peranti skrin boleh lipat mercu baharu. Ia juga menjadi model kemaskini untuk Find N3 dengan beberapa peningkatan menarik. Terkini Oppo mengesahkan pelancaran global Find N5 akan berlangsung di Singapura pada 20 Februari 2025. Pelancaran juga berlangsung serentak di China yang merupakan kali pertama belaku sejak siri tersebut diperkenalkan kepada umum.

image is not available

Oppo dilihat menggunakan rekaan malar hijau dengan gabungan elemen moden yang diperlukan kebanyakan pengguna pada model kali ini. Selain dipercayai boleh dilengkapi perkakasan dalaman berkuasa lain seperti cip pemprosesan terkini, bateri berkapasiti besar dan kamera serba boleh. Terdapat juga penarafan kalis air IPX6/X8/X9 yang sepatutnya menjadikan Find N5 antara telefon boleh lipat terawal yang menyokong ciri berkenaan setakat ini.