Dalam era dimana teknologi berkembang dengan pesat, pelbagai inovasi mula muncul untuk memudahkan serta meningkatkan produktiviti kehidupan kita sebagai pengguna.
Permintaan yang semakin meningkat terhadap peranti yang fleksibel, ringan, dan berkuasa setiap hari dilihat selaras dengan gaya hidup moden yang bukan sahaja mencerminkan perubahan individu, tetapi juga mewujudkan kesan lebih luas pada tahap budaya. Sama ada untuk tujuan bekerja, berhibur, atau mencipta kandungan, keperluan ini semakin terasa.

Menyedari keperluan itu, OPPO memperkenalkan OPPO Find N5, sebuah telefon pintar ultra-nipis yang boleh dilipat. Telefon ini menggabungkan kekuatan, reka bentuk inovatif, dan kemudahan penggunaan maksimum untuk memberikan pengalaman terbaik dalam penggunaan telefon lipat.
Sokongan Integrasi Bersama Peranti Apple
Sebelum ini, OPPO memperkenalkan ciri “Share to iPhone” yang memudahkan pengguna Oppo berkongsi dokumen atau gambar dengan pengguna iPhone. Kini, OPPO telah menambah baik lagi Find N5 dengan sokongan integrasi bersama iMac melalui aplikasi O+ Connect.

Melalui aplikasi ini, anda bukan sahaja boleh mengakses fail, tetapi juga membuat suntingan fail daripada MacBook terus melalui OPPO Find N5. Tambahan lagi, MacBook anda juga boleh dikawal dari jarak jauh menggunakan telefon OPPO Find N5, asalkan kedua-dua peranti disambungkan ke rangkaian internet yang sama.
Kerja Lebih Efisien Dengan AI
Kecerdasan buatan (AI) dalam OPPO Find N5 turut bantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penggunaan peranti. Misalnya ciri-ciri seperti AI Search yang membolehkan pencarian fail atau mesej dengan mudah meskipun terlupa nama fail, Gemini AI Assistant yang bantu mendapat dokumen, gambar, atau video dengan pantas. Manakala Circle to Search pula memudahkan carian dengan satu gerakan isyarat, dan AI translate App boleh bantu memudahkan terjemahan teks atau dokumen secara langsung sewaktu berurusan dengan klien berlainan latar belakang.

Bagi meningkatkan lagi produktiviti, OPPO Find N5 juga dilengkapi dengan Boundless View Split-Screen. Tidak seperti fungsi multi-screen biasa, Boundless View Split-Screen ini membolehkan anda menggunakan sehingga tiga aplikasi berbeza, dan menatal dengan lancar di antara satu sama lain tanpa halangan. Sebagai contoh anda boleh menonton video atau melayari web, sambil boleh tengok dokumen dan bersembang dengan rakan sekerja anda.

Malahan lebih baiknya lagi dengan hanya satu gerakan, anda turut boleh berkomunikasi dalam ruang sembang sambil menyemak dokumen yang dihantar oleh rakan sekerja menerusi ciri Double-Finger Swipe. Jika anda seorang yang sering menggunakan WPS untuk menyunting dokumen, AI-assisted WPS Control membolehkan anda membuka dan mengurus dua dokumen serentak dengan mudah.
Sementara itu, bagi mereka yang gemar membeli-belah dalam talian, anda boleh dengan mudah mencari butiran produk ketika membeli dan membuat penyelidikan dalam pada masa yang sama. Ini menjadikan pengalaman membeli lebih lancar dan menyeluruh tanpa perlu menukar aplikasi berkali-kali.
Telefon Lipat Foldable Ultra-Nipis

Tidak dinafikan, telefon ini sememangnya nipis sama ada ketika dibuka mahupun dilipat. Ia pasti menjanjikan standard baharu dalam segmen telefon boleh lipat.
Saya ulang telefon ini memang nipis yang senipis 4.21mm bila dibuka dan 8.93mm sewaktu dilipat. Kalau tengok port USB-C di sini hampir serupa dengan ketebalannya yang menunjukkan betapa nipisnya peranti ini. Pada saiz yang seperti ini, banyak benda lain yang lebih tebal daripadanya. Beratnya yang hanya 229 gram juga membuatkannya ringan dan tidak menyebabkan keletihan walaupun dipegang untuk tempoh yang lama.
Saya yakin dengan rekaan yang nipis dan ringan sebegini pastinya mampu menarik perhatian ramai pengguna yang mencari sebuah foldable yang praktikal. Anda boleh bayangkan betapa mudahnya untuk bawa telefon ini ke mana sahaja tanpa merasa terbeban. Inovasi ini memang patut dipuji. Tambahan pula kesan lipatan kini 50% kurang ketara berbanding model sebelumnya.

Lebih baiknya OPPO Find N5 juga melepasi pensijilan TUV Rheinland yang menunjukkan telefon ini benar-benar melalui ujian kualiti dan ketahanan yang baik. Kelebihan daripada engsel titanium aloi yang sangat tahan juga memberikan keyakinan tambahan kepada pengguna terhadap ketahanan peranti ini.
Ditambah pula dengan ketahanan IPX9, anda tidak perlu risau tentang tumpahan air atau calar yang boleh merosakkan peranti ini. Malahan ketahaban IPX8 dan IPX6 disertakan telah menambah lagi tahap ketahanan airnya.
Sistem Kamera Hasselblad Terunggul

Menambah kepada semua kecanggihan fungsi Find N5 tadi ialah sistem kamera Hasselblad dengan AI. Ia juga dilengkapi dengan teknologi HyperTone Image Engine yang telah dipertingkatkan, dan menurut OPPO mampu memberikan tona warna lebih tepat serta perincian yang lebih tinggi. Ini menjadikannya sebuah peranti yang sesuai digunakan dalam pelbagai situasi seperti perayaan, acara, dan juga untuk menghasilkan gambar potret yang baik.
Kamera telefon ini juga sangat sesuai untuk anda yang gemar merakam gambar makro, kerana dilengkapi dengan kamera telefoto makro. Dengan kamera ini, anda boleh merakam gambar close-up pada jarak sedekat 10cm dengan perincian yang sangat tinggi.



Jika anda memilih OPPO Find N5 ini untuk fungsi potret pula, ia mempunyai bokeh gaya Hasselblad yang mampu menghasilkan gambar potret yang mempunyai jiwanya yang tersendiri. Tidak ketinggalan, telefon lipat ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri kamera canggih.
Sebagai contoh, OPPO Find N5 mempunyai Dual Golden Portrait Focal Lengths, yang berkisar antara 70mm dan 85mm untuk mod potret 3× dan 3.6×. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi Live Photo EIS stabilization yang membantu menangkap gambar dan video yang lebih stabil.
Kesemua ciri-ciri ini menjadikan Find N5 sebagai pilihan yang sangat baik untuk mereka yang menghargai kualiti gambar yang tinggi dan fleksibiliti dalam merakam pelbagai jenis gambar. Sementara itu teknologi Lightning Snap pula memastikan anda tidak terlepas walaupun satu momen penting dengan kebolehan merakam sehingga 200 gambar secara berterusan.

Kesimpulan

Dengan kesemua fungsi dan teknologi yang saya katakan tadi. Tidak keterlaluan dikatakan yang OPPO Find N5 boleh dijadikan antara pilihan yang baik untuk telefon lipat. Ia padat dengan kecanggihan, kebolehan dan fungsi yang tersedia dalam sebuah peranti bersaiz nipis dan ringan. Ia juga bukan sekadar telefon, tetapi sebuah revolusi dalam dunia boleh lipat menggabungkan reka bentuk yang anggun, kecerdasan AI, dan keupayaan integrasi yang lebih fleksibel dan memudahkan.

Untuk mereka yang sentiasa bergerak ke hadapan, mencari inovasi dan prestasi tanpa kompromi, OPPO Find N5 adalah jawapannya. Ini bukan sekadar telefon lipat, ini adalah simbol kebebasan sebenar. OPPO Find N5 dijual di Malaysia pada RM7999, dan jangan lupa pratempah sekarang untuk rebut hadiah menarik bernilai hingga RM2,584 untuk masa terhad.
Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia.

