Oppo Find N6 Akan Hadir Dengan AI Pen Baharu – Lengkap Dengan Ciri AI Chart Dan AI Image

TechnologyDigital
16 Mar 2026 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo bekerjasama dengan Google Cloud untuk meningkatkan pengalaman produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI) melalui Oppo AI Pen pada telefon boleh lipat terbaharu Find N6 yang akan dilancarkan esok, 17 Mac 2026.

image is not available

Melalui integrasi ini, Oppo AI Pen hadir dengan dua fungsi pintar utama iaitu AI Chart dan AI Image. AI Chart yang dibangunkan dengan Gemini 2.5 Pro membolehkan pengguna menukar nota tulisan tangan kepada jadual digital yang kemas serta boleh disunting dengan mudah hanya dengan melingkari teks menggunakan butang sisi pada AI Pen.

Sementara itu, AI Image yang dibangunkan dengan Nano Banana (Gemini 2.5 Flash Image) membolehkan lakaran ringkas ditukar menjadi hasil seni yang lebih menarik. Pengguna juga boleh menambah arahan teks untuk menghasilkan gaya tertentu seperti lukisan minyak klasik atau seni digital moden.

image is not available

Selain itu, Oppo turut bekerjasama dengan Google untuk memperkenalkan Android Quick Share yang serasi dengan peranti Apple. Tidak lama lagi, pengguna boleh berkongsi gambar, video dan fail terus ke peranti Apple tanpa perlu memasang aplikasi tambahan sekali gus memudahkan perkongsian rentas ekosistem. Semua fungsi produktiviti ini akan digabungkan sepenuhnya dalam ColorOS 16 pada Find N6 bagi memastikan pengalaman penggunaan lebih lancar dan praktikal.