OPPO Find N6 – Simbol Inovasi Telefon Lipat Premium

TechnologyDigital
12 Mar 2026 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara isu utama yang sering menghantui pengguna telefon lipat ialah kesan lipatan di tengah skrin. Ia bukan sahaja menimbulkan rasa kurang selesa tetapi juga mengganggu pengalaman penggunaan harian. Ada pengguna yang mendapati bahagian skrin kelihatan mendalam sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap peranti lipat. Oleh sebab itu, OPPO muncul dengan penyelesaian lebih canggih melalui teknologi baharu pada OPPO Find N6.

image is not available

Gabungan Teknologi Lipatan Baharu Yang Hebat

Pada OPPO, pengalaman pengguna sentiasa menjadi keutamaan. Dengan pelancaran OPPO Find N6, OPPO sekali lagi membuktikan komitmen itu melalui kejayaan besar teknologi Zero-Feel Crease. Inovasi ini bukan sahaja menjadi pencapaian teknikal, malah menandakan kemajuan sebenar dalam rekaan telefon lipat serta menjadikannya puncak evolusi peranti lipat moden. Rahsia di sebalik teknologi ini terletak pada peningkatan menyeluruh terhadap dua komponen utama iaitu engsel dan skrin dalaman baharu. Kedua-duanya direka untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar dan selesa. 

image is not available

OPPO Find N6 hadir dengan Engsel Titanium Flexion Generasi Kedua yang dibangunkan semula bersama teknologi cetakan cecair 3D. Menurut OPPO, inovasi ini meningkatkan kerataan permukaan sehingga 75% sekali gus membantu mengurangkan ketidakseragaman pada bahagian struktur yang halus. Hasilnya, skrin kelihatan lebih rata apabila dibuka sepenuhnya dan memberikan pengalaman paparan yang lebih selesa serta premium.

image is not available

Hebatnya lagi, OPPO Find N6 turut dilengkapi teknologi Auto-Smoothing Flex Glass baharu yang direka 50% lebih tebal berbanding kaca UTG biasa. Oppo menjelaskan bahawa bahan ini mampu memberikan hampir 100% peningkatan dalam keupayaan untuk kembali kepada bentuk asal serta 338% ketahanan lebih tinggi terhadap tekanan dan ubah bentuk. Keupayaan ini bukan sekadar angka di atas kertas kerana ia benar-benar berfungsi seiring dengan Engsel Titanium Flexion Generasi Kedua. 

image is not available

Selain itu, Auto-Smoothing Flex Glass bertindak seperti sokongan fleksibel yang membantu skrin kembali rata secara semula jadi setiap kali dibuka. Dengan tahap kelenturan yang lebih baik, teknologi ini mampu mengurangkan pembentukan kesan lipatan jangka panjang sehingga 82%. Oleh itu, skrin dalaman akan kekal rata walaupun selepas digunakan dalam jangka masa yang panjang. Inilah bukti bahawa OPPO Find N6 bukan sekadar telefon lipat moden tetapi sebuah peranti yang direka untuk ketahanan jangka panjang sambil mengekalkan pengalaman paparan yang memuaskan setiap kali digunakan.

image is not available
image is not available

Ketahanan turut menjadi aspek penting yang diberi perhatian dalam rekaan OPPO Find N6. Untuk memastikan jangka hayat lebih panjang, OPPO menggunakan bahan polimer khusus yang direka mampu menahan tekanan sehingga 40,000 kali ganda daripada beratnya sendiri. Dalam bahasa mudah, bahan ini cukup kuat untuk menampung beban besar tanpa mudah rosak.

image is not available

Sementara itu, melalui siri ujian intensif, engsel OPPO Find N6 terbukti mampu kekal rata walaupun selepas 600,000 kali lipatan. Pencapaian ini jelas menunjukkan tahap keupayaan luar biasa dan membuktikan bahawa peranti direka untuk ketahanan jangka panjang. Kejayaan tersebut juga melayakkan OPPO Find N6 menerima pensijilan TÜV Rheinland Minimized Crease iaitu antara ujian paling ketat dalam industri telefon lipat.


Rekaan Mewah – Nipis, Ringan Dan Selesa Digunakan

Kemewahan peranti ini diteruskan dengan rekaan yang nipis, ringan, dan selesa digunakan sepanjang masa. Dimensi yang dikekalkan masih sama seperti beberapa generasi sebelumnya namun ia kini lebih ringan hasil daripada proses pembuatan yang lebih teliti.

image is not available
image is not available

Melalui proses Precision Manufacturing setiap komponen dihasilkan dengan rekaan yang terperinci. Hal ini memastikan keupayaan peranti ditambah baik tanpa menjejaskan ketebalan atau berat keseluruhan. Oleh itu OPPO Find N6 berjaya mengekalkan profil rekaan yang elegan sambil mampu memberikan keselesaan untuk kegunaan harian. Rekaannya juga mudah digenggam dan ringan dibawa, sekali gus menjadikannya sebuah telefon lipat premium yang seimbang antara gaya dengan fungsi praktikal.

image is not available

Kemasan premium ini semakin menyerlah dengan kehadiran Cosmos Ring ikonik yang kini lebih kemas. Susunannya di bahagian tengah memastikan ia kekal stabil di atas permukaan rata tanpa sebarang gegaran. Selain itu, OPPO Find N6 turut hadir dengan Snap Key baharu yang pertama kali diperkenalkan dalam siri OPPO Find X9. Butang ini sepenuhnya boleh diubahsuai mengikut pengalaman pengguna sekali gus membolehkan akses pantas kepada fungsi seperti AI Mind Space, tetapan sistem, pintasan aplikasi atau arahan segera.

image is not available

Fungsi lain yang disokong termasuk bunyi dan getaran, Do Not Disturb Mode (DND), kamera, lampu suluh, rakaman suara, terjemahan, tangkapan skrin dan banyak lagi. Dari segi pilihan gaya, ia hadir dalam dua warna eksklusif iaitu Stellar Titanium dengan tona kelabu yang memancarkan kilauan logam halus, serta Blossom Orange dengan rona jingga yang mampu menyerlahkan sisi moden pengguna. Menarik sekali apabila semakin ramai pengeluar kini memilih warna jingga dalam barisan peranti mereka.

image is not available

Strategi ini bukan sekadar trend warna, tetapi merupakan usaha untuk menjadikan peranti lebih menarik perhatian dan berbeza dalam kalangan pengguna. Warna jingga membawa aura segar, sekaligus menjadikannya simbol gaya hidup moden bagi mereka yang ingin tampil menonjol. Dengan penawaran seperti Blossom Orange pada OPPO Find N6, jelas bahawa warna ini kini menjadi identiti baharu yang semakin mendapat tempat dalam industri teknologi yang menandakan peralihan ke arah gaya yang lebih berani. 


Pratempahan Dibuka Sekarang!

Jadi, mengapa OPPO Find N6 mampu menjadi peranti relevan pada hari ini? Dalam dunia moden, pengguna mahukan sebuah peranti premium yang tahan lasak, ringan, dan praktikal digunakan dalam kehidupan seharian. OPPO Find N6 bukan sekadar telefon lipat, tetapi merupakan simbol kematangan teknologi lipatan yang direka untuk memberikan keyakinan dan keselesaan setiap kali digunakan.

image is not available

Anda kini berpeluang menjadi antara yang terawal memiliki OPPO Find N6 dengan pratempahan yang dibuka dari 9 hingga 19 Mac 2026.

Sepanjang tempoh ini, anda akan menikmati tawaran istimewa berupa hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,297 termasuk rebat tambahan sebanyak RM500 apabila anda menukar masuk telefon lama. Tawaran ini menjadikan pembelian lebih berbaloi dan menarik namun ia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Lebih menarik lagi, setiap pratempahan akan menerima hadiah percuma. Antara hadiah yang ditawarkan ialah OPPO Watch S atau LeFant M320 Robot Vacuum Cleaner. Selain itu, anda juga akan mendapat OPPO AI Pen Kit serta keistimewaan eksklusif daripada My OPPO Members’ Privileges.

Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia