
Oppo Find X10 Pro Max turut dilancarkan semalam di China dengan ia adalah model paling premium ditawarkan. Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.78″ AMOLED, kadar segar semula 144Hz dan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 9600, memori sehingga 16GB LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sebesar 8000 mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar serta 50W nirwayar.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP dengan OIS, lensa ultra lebar 200MP dan lensa telefoto 200MP dengan zum optikal 3X. Sementara itu di hadapan sensor 50MP digunakan untuk kamera telefoto. Kamera utama dan telefoto mempunyai sokongan sistem Hasselblad.

Find X10 Pro Max ialah telefon pintar pertama dunia dengan sistem trikamera 200MP yang juga menyokong sistem Lumo yang dibangunkan oleh Oppo. Menerusi mod Hasselblad, kamera boleh digunakan untuk gambar potret, Master Mode dan XPAN.
Peranti menggunakan ColorOS 17 berasaskan Android 17. Sementara itu tubuh pula melepas piawaian IP69, hadir dengan sepasang speaker stereo dan mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik di bawah skrin.

Seperti model mercu Find X9 tahun lalu, Oppo menawarkan kit lensa tambahan yang membolehkan zum antara 230mm ke 4600mm. Kit ini dijual secara berasingan lengkap dengan kerangka khas untuk tubuh peranti.
Harga jualan Oppo Find X10 Pro Max adalah seperti di bawah dengan pilihan warna Moon White, Warm Orange, dan Light Titanium.
- Oppo Find X10 Pro Max (12/256GB) – RMB 6,799 (~RM 4130)
- Oppo Find X10 Pro Max (12/512GB) – RMB 7,499 (~RM 4555)
- Oppo Find X10 Pro Max (16/512GB) – RMB 7,999 (~RM 4859)
- Oppo Find X10 Pro Max (16/1000GB) – RMB 8,999 (~RM 5466)





