MediaTek Dimensity CX C10 Max Dilancarkan Untuk Googlebook

TechnologyDigital
22 Sep 2026 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MediaTek Dimensity CX C10 Max Dilancarkan Untuk Googlebook

Pagi ini ialah pagi untuk komputer Googlebook yang hadir dengan pilihan cip Qualcomm Snapdragon X Elite atau Intel Core Ultra 5. Kelak ia turut akan ditawarkan dengan cip MediaTek Dimensity CX C10 Max. Ini adalah cip keluarga Dimensity CX yang pertama dengan ia dihasilkan menggunakan teknologi 3nm TSMC serta prestasi setanding cip keluaran Qualcomm dan Intel.

Image from: MediaTek Dimensity CX C10 Max Dilancarkan Untuk Googlebook

Dimensity CX C10 Max dilengkapi CPU lapan teras dengan konfigurasi 1X Cortex-X925, 3X Cortex-X4 dan 4X Cortex-A720 yang dipadankan dengan GPU Immortalis-G925 MC11 dan NPU MediaTek NPU 890 dengan kuasa memproses kecerdasan buatan (AI) 55 TOPS.

Image from: MediaTek Dimensity CX C10 Max Dilancarkan Untuk Googlebook

Cip turut mempunyai ISP terbina menyokong kamera sehingga 32MP, Wi-Fi 7, dan Bluetooth 6.0. Ia menyasarkan penggunaan pada komputer riba yang ringan serta nipis serta kemampuan bateri sehingga 19 jam. Buat masa ini masih tiada maklumat Googlebook pertama yang akan menggunakan Dimensity CX C10 Max.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved