Oppo Find X9 Pro Dan Find X9 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3699

TechnologyDigital
28 Oct 2025 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo secara rasmi melancarkan telefon mercu terbaharu Find X9 dan Find X9 Pro di Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan fokus terhadap prestasi dan sistem kamera, tetapi disasarkan kepada pengguna yang berbeza mengikut keperluan masing-masing.

image is not available
image is not available

Oppo Find X9 Pro menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.78″ beresolusi 2772×1272 pixel, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 3600nits. Skrin ini turut menyokong format HDR seperti Dolby Vision, HDR10+ dan HDR Vivid. Ia juga dilengkapi teknologi TÜV Rheinland Intelligent Eye Care 5.0 bagi memberikan keselesaan mata semasa penggunaan.

image is not available
image is not available
image is not available

Peranti ini dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 9500 bersama memori 16GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.1. Ia menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16, serta dilengkapi motor haptik X-axis untuk maklum balas sentuhan yang lebih tepat. Selain itu, ia menyokong pengimbas cap jari ultrasonik 3D dan fungsi Splash Touch bagi meningkatkan tahap sentuhan terutamanya dalam keadaan skrin basah.

image is not available
image is not available
image is not available

Peranti ini dilengkapi 50MP kamera utama (OIS), 50MP ultra-lebar dan 200MP telefoto periskop (OIS). Kamera hadapan pula menggunakan sensor 50MP dengan autofokus. Ia juga hadir dengan bateri 7500mAh berasaskan teknologi silikon-karbon serta menyokong pengecasan pantas 80W, nirwayar 50W dan berbalik 10W.

image is not available
image is not available

Sementara itu Oppo Find X9 dilengkapi skrin AMOLED 6.59” beresolusi 2760×1256 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Skrin juga menyokong format HDR seperti Dolby Vision, HDR10+ dan HDR Vivid untuk pengalaman paparan yang lebih menarik.

image is not available
image is not available

Peranti ini dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 9500 dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB. Ia menjalankan ColorOS 16 berasaskan Android 16 serta dilengkapi motor haptik X-axis untuk maklum balas sentuhan lebih responsif.

image is not available
image is not available

Peranti ini dilengkapi kamera utama 50MP (OIS), 50MP ultra-lebar, 50MP telefoto periskop (OIS) serta kamera warna. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 32MP dengan autofokus. Ia juga hadir dengan bateri 7025 mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W, nirwayar 50W serta berbalik 10W.

image is not available
image is not available

Find X9 ditawarkan pada harga RM3699 manakala model premium Find X9 Pro dijual pada harga RM5099. Menariknya, sempena bulan jualan pertama, Find X9 Pro boleh dimiliki pada harga promosi serendah RM4999.

Pra-tempahan untuk kedua-dua peranti kini dibuka bermula sekarang hingga 7 November 2025 melalui laman rasmi Oppo Malaysia serta pengedar sah terpilih di seluruh negara.

image is not available

Pengguna yang membuat pratempahan turut berpeluang menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1577 bersama pelbagai tawaran menarik sepanjang tempoh promosi. Selain itu, terdapat juga promosi Purchase With Purchase (PWP) untuk aksesori Hasselblad Teleconverter yang boleh dimiliki pada harga istimewa RM799 (harga asal RM999) apabila dibeli bersama peranti Find X9 Pro.

image is not available
image is not available