Oppo Find X9 Ultra Akan Memasuki Pasaran Global Buat Pertama Kali  

WorldTechnology
3 Mar 2026 • 5:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas vivo, kini giliran Oppo pula mengumumkan bahawa Find X9 Ultra akan dilancarkan secara rasmi di peringkat global. Langkah ini menjadi pencapaian besar kerana buat pertama kali siri Ultra ditawarkan kepada pengguna di luar China. Pengumuman tersebut dibuat semasa acara MWC 2026 dan menandakan titik penting dalam usaha Oppo menembusi pasaran telefon pintar mewah di peringkat antarabangsa.

image is not available

Oppo turut menegaskan bahawa Find X9 Ultra hadir dengan sistem pengimejan paling canggih yang pernah dibangunkan untuk sebuah telefon pintar. Sistem ini menggabungkan inovasi optik generasi baharu bagi memastikan pengalaman kamera yang luar biasa. Selain itu, pelancaran global Find X9 Ultra menunjukkan komitmen jangka panjang Oppo terhadap pasaran antarabangsa.

Sistem pengimejan ini dibangunkan bersama Hasselblad dan mengintegrasikan teknologi tercanggih yang pernah dihasilkan Oppo untuk telefon pintar. Walaupun spesifikasi penuh masih belum diumumkan, Oppo menekankan bahawa Find X9 Ultra direka untuk memberikan prestasi pengimejan mudah alih bertaraf profesional dalam sebuah telefon mercu.