Vivo X300 Ultra Bakal Dipamerkan Di MWC 2026

TechnologyDigital
1 Mar 2026 • 4:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon pintar vivo X300 Ultra akan membuat penampilan sulung global di Mobile World Congress (MWC) 2026 yang berlangsung di Barcelona dari 2 hingga 5 Mac.

image is not available

Peranti ini boleh dianggap sebagai telefon paling canggih jenama itu setakat ini dalam aspek kamera dan video mudah alih kerana ia dibina dengan gabungan teknologi lensa serta sistem yang dioptimumkan. Selain daripada itu, pengumuman ini secara tidak langsung memberi bayangan bahawa X300 Ultra akan dilancarkan secara global dan bukan lagi hanya terhad di pasaran China seperti yang pernah dijangka sebelum ini.

image is not available
vivo x300 Pro

Kalau kita lihat trend semasa, vivo semakin jelas cuba menempatkan diri sebagai pesaing utama dalam dunia kamera mudah alih sama seperti Huawei dan Xiaomi yang menekankan inovasi fotografi pada telefon mercu mereka. Kehadiran X300 Ultra menjadikan perkara ini lebih menarik kerana ia berpotensi meningkatkan reputasi vivo sebagai jenama dengan kamera yang canggih di pasaran global.