OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

TechnologyDigital
24 Apr 2026 • 10:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia, hari ini memperkenalkan telefon pintar flagship kamera terbaharunya, Find X9 Ultra. Direka untuk menjadi kamera pilihan anda, Find X9 Ultra menggabungkan perkakasan termaju dalam industri termasuk lensa telefoto optikal 50MP 10x pertama di dunia, dwi sensor 200MP, keupayaan videografi bertaraf profesional serta rekaan unik yang diinspirasikan oleh Hasselblad.

“Find X9 Ultra merupakan pencapaian terbesar dalam sejarah pengimejan OPPO,” kata Pete Lau, SVP dan Ketua Pegawai Produk OPPO. “Dengan menggabungkan optik tercanggih, fotografi komputasi moden serta alat kreatif berkuasa yang dibangunkan bersama Hasselblad, kami berjaya menghasilkan peranti profesional yang mentakrif semula kategori ini.”

Image from: OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

Sistem Kamera Baharu Yang Mengubah Standard Fotografi Mudah Alih

Find X9 Ultra memperkenalkan Sistem Kamera Hasselblad Master Generasi Baharu. Lima kamera belakang yang direka khas bekerjasama untuk memberikan prestasi luar biasa merentasi julat fokal, kejernihan optik dan ketepatan warna.

Menyediakan zoom jarak jauh pada telefon pintar sentiasa menjadi cabaran teknikal disebabkan ruang dalaman yang terhad. Find X9 Ultra mencipta kejayaan baharu menerusi Hasselblad 50MP 10x Ultra-Sensing Optical-Zoom Telephoto yang menawarkan zoom optikal sebenar 10x serta zoom berkualiti optikal 20x pertama dalam industri. Teknologi Quintuple Prism Reflection Periscope Structure melipat laluan cahaya sebanyak lima kali bagi memuatkan lensa 10x sambil memendekkan modul kamera sehingga 30%. Dipadankan dengan Pristine Optical Path Architecture yang menyingkirkan 99.999% cahaya liar serta penstabilan optikal Sensor Shift, imej kekal tajam walaupun pada jarak fokal jauh.

Gabungan sensor 50MP tersuai dengan apertur f/3.5 terpantas dalam kategorinya menjadikan Find X9 Ultra seolah-olah meletakkan kuasa Find X9 Pro bersama teleconverter ke dalam sebuah telefon pintar. Sama ada merakam ekspresi artis dari bahagian belakang stadium atau mengambil gambar hidupan liar tanpa mengganggu, lensa telefoto 50MP 10x ini cemerlang dalam pelbagai situasi.

Melengkapkan lensa telefoto 10x ini ialah sistem Dwi Kamera Hasselblad 200MP. Kamera utama Hasselblad 200MP Ultra-Sensing menggunakan sensor baharu Sony LYTIA 901 bersaiz 1/1.12 inci. Dengan apertur pantas f/1.5, ia mampu menandingi pengambilan cahaya kamera utama 1 inci generasi terdahulu.

Sementara itu, Hasselblad 200MP 3x Ultra-Sensing Telephoto hadir dengan sensor besar 1/1.28 inci, terbesar dalam kategorinya. Hyper Light Prism khas serta apertur f/2.2 memaksimumkan pengambilan cahaya untuk prestasi cahaya rendah lebih baik, manakala jarak fokus minimum 15cm membolehkannya berfungsi sebagai lensa makro yang mengagumkan.

Melengkapkan sistem optik ini ialah kamera ultra lebar 50MP yang menangkap 56% lebih banyak cahaya untuk landskap luas, bersama Kamera True Color Generasi Baharu. Sensor multispektral ini mengukur data imbangan putih dengan tepat untuk warna yang lebih semula jadi. Ia berfungsi lancar untuk foto, motion photo dan rakaman video, memastikan warna sentiasa realistik tidak kira bagaimana anda merakam.

Dengan menggabungkan kamera beresolusi tinggi ini bersama pemangkasan berkualiti optikal, Find X9 Ultra menawarkan komposisi imej berkualiti tinggi daripada 14mm sehingga 460mm, menjadikannya kit fotografi lengkap di dalam poket anda.

Image from: OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

Pengalaman Hasselblad Yang Tulen

Dibina hasil lima tahun kerjasama intensif dalam penyelidikan dan pembangunan, Find X9 Ultra menandakan lonjakan besar dengan menggabungkan pengalaman rakaman Hasselblad sebenar bersama aksesori bertaraf profesional.

Hasselblad Master Mode Generasi Baharu memberikan kawalan kreatif sepenuhnya kepada pengguna. Dipacu saluran pemprosesan imej serba baharu, ia mengelakkan tone mapping berlebihan yang biasa terdapat pada telefon pintar. Hasilnya, jurugambar dapat merakam imej terperinci dan semula jadi tanpa pemprosesan berlebihan.

Memanfaatkan empat sensor belakang beresolusi tinggi, Hasselblad Master Mode membolehkan rakaman dalam 50MP JPEG MAX dan 50MP RAW MAX, dengan resolusi berkualiti optikal merentasi enam panjang fokal berbeza iaitu 14mm, 23mm, 47mm, 70mm, 139mm dan 230mm. Untuk sentuhan lebih peribadi, pengguna boleh memilih sembilan simulasi filem klasik atau menghasilkan gaya fotografi sendiri sebagai pratetap khas.

Bagi pencipta kandungan yang mahukan kawalan dan jarak rakaman lebih jauh, OPPO turut memperkenalkan Find X9 Ultra Hasselblad Earth Explorer Kit, ekosistem aksesori profesional eksklusif.

OPPO Hasselblad Explorer Case hadir dengan butang dua peringkat untuk fokus dan shutter, bersama dail kawalan zoom yang lancar bagi memberikan pengalaman seperti kamera tradisional. Untuk subjek jarak jauh, OPPO Hasselblad 300mm Explorer Teleconverter membuka lebih banyak potensi kreatif. Dengan 16 elemen kaca dalam badan logam penuh, lensa ini dipasang terus pada lensa telefoto 3x untuk menghasilkan panjang fokal setara 300mm dan zoom optikal 13x. Digabungkan dengan sensor 200MP, ia membolehkan gambar tajam menakjubkan pada 30x dan ke atas.

Image from: OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

Video Sinematik Bertaraf Profesional

Find X9 Ultra membawa standard profesional yang sama ke dalam rakaman video dengan keupayaan sinematik paling berkuasa pernah diperkenalkan OPPO.

Menerusi sistem kamera berkuasa ini, Find X9 Ultra menyokong rakaman 4K 60fps Dolby Vision HDR dengan kualiti zoom kekal tajam dari 0.6x hingga 30x. Menolak sempadan videografi mudah alih, Dwi Kamera Hasselblad 200MP mampu merakam video sinematik 4K pada 120fps serta memperkenalkan rakaman 8K pada 30fps, pertama bagi flagship OPPO. Ini memberi fleksibiliti maksimum untuk crop dan reframing semasa pascaproduksi.

Bagi profesional yang mahukan fleksibiliti tertinggi ketika suntingan, Find X9 Ultra memperkenalkan O-Log2. Profil ini mengekalkan lebih banyak butiran bayang serta mengurangkan kesan smear imej, sekali gus memberikan julat dinamik lebih luas untuk color grading. Dengan pensijilan Academy Color Encoding System (ACES), rakaman boleh diintegrasikan terus ke dalam aliran kerja profesional.

Kawalan kreatif turut dipertingkat dengan sokongan 3D LUT baharu. Pengguna boleh memuat naik LUT pihak ketiga terus ke peranti untuk pratonton warna secara masa nyata. Fungsi LUT Burn-in pula membenamkan profil warna pilihan terus ke dalam fail video untuk hasil sinematik segera tanpa suntingan tambahan.

Selain itu, OPPO dan Meta bekerjasama rapat untuk mengoptimumkan pengalaman perkongsian video di Instagram. Pengguna OPPO Find X9 Ultra kini boleh menikmati kualiti video hampir tanpa kehilangan daripada rakaman hingga perkongsian.

Image from: OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

Prestasi Mantap Untuk Aliran Kerja Kreatif

Bagi memenuhi keperluan kreatif intensif, Find X9 Ultra direka untuk kelajuan tinggi dan prestasi berterusan tanpa kompromi.

Skrin AMOLED QHD+ 6.82 inci 144Hz mencapai kecerahan HDR puncak sehingga 3,600 nits, sambil boleh turun serendah 1 nit untuk tontonan selesa dalam suasana gelap. Cip Display P3 Pro OPPO bersama bahan luminus yang dipertingkat turut menawarkan ketepatan warna terbaik industri, penggunaan kuasa optimum dan mengurangkan motion blur.

Di bahagian dalaman, Qualcomm Snapdragon® 8 Elite Gen 5 Mobile Platform terkini bersama vapor chamber canggih dan Encapsulated Thermal Unit memastikan prestasi lancar walaupun ketika tugasan berat seperti rakaman video 8K.

Peranti ini dikuasakan bateri OPPO Silicon-Carbon 7,050mAh, antara yang terbesar dalam flagship kamera. Digandingkan dengan cip pengurusan bateri PowerCore serba baharu, Find X9 Ultra menjamin penciptaan kandungan sepanjang hari. Apabila bateri hampir habis, pengecasan berwayar 100W SUPERVOOC™ dan pengecasan tanpa wayar 50W AIRVOOC™ memastikan anda kembali aktif dengan pantas.

Image from: OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

Rekaan Berinspirasikan Kamera

Mengambil inspirasi terus daripada Hasselblad X2D ikonik, Find X9 Ultra menampilkan logo OPPO dan Hasselblad secara mendatar pada panel belakang kulit vegan mesra alam.

Modul kamera memperkenalkan Master Lens Design serba baharu. Perincian heksagon di bahagian dalam meniru bilah apertur lensa kamera profesional, menjadikan rekaannya premium dan autentik.

Find X9 Ultra hadir dalam dua kemasan menarik. Tundra Umber menampilkan minimalisme Scandinavia serta keanggunan glasier, di samping meraikan seni pertukangan klasik. Canyon Orange pula dibina menggunakan gentian gred pesawat yang tahan lasak sambil mengekalkan profil elegan.

Dibina dengan seni bina OPPO Armor Shield, Find X9 Ultra direka untuk penggunaan lasak profesional. Pensijilan IP66, IP68 dan IP69 menjamin perlindungan menyeluruh terhadap air dan habuk, memberikan ketenangan untuk anda berkarya walaupun dalam persekitaran ekstrem.

Image from: OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

ColorOS 16 Terbaharu

Melengkapkan perkakasan terunggul ini, Find X9 Ultra turut memperkenalkan ColorOS 16 terbaharu dengan pengalaman perisian berasaskan AI yang lebih bersih, pintar dan diperibadikan.

Live Space baharu menyatukan notifikasi dalam satu kapsul interaktif yang minimalis, manakala sentuhan pantas atau swipe ke atas membolehkan anda melihat semua makluman dengan mudah.

Untuk pengurusan lebih mudah, swipe tiga jari atau tekan Snap Key akan mengaktifkan AI Mind Space bagi menangkap dan menyusun apa sahaja di skrin anda. Dalam hab ini, AI Bill Manager merekod pembayaran digital dan resit fizikal secara automatik lalu menukarkannya kepada analisis perbelanjaan yang jelas.

AI Mind Pilot pula meningkatkan bantuan peribadi dengan menyelaras pelbagai model AI terkemuka. Dengan akses selamat kepada konteks yang disimpan dalam AI Mind Space, ia boleh memilih model terbaik untuk tugasan kompleks atau membandingkan jawapan secara bersebelahan.

Bagi pengembara antarabangsa, AI Menu Translation melangkaui terjemahan teks dengan menghasilkan panduan visual hidangan asing untuk memudahkan pesanan makanan di luar negara.

Image from: OPPO Find X9 Ultra Dilancarkan Secara Global: Kamera Profesional Dalam Genggaman Anda

Harga dan Ketersediaan

OPPO Find X9 Ultra kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 7 Mei 2026 menerusi saluran rasmi dan pengedar sah OPPO Malaysia. Ia ditawarkan dalam dua varian serta pilihan warna: 12GB RAM + 512GB ROM pada harga RM6,799 dan 16GB RAM + 1TB ROM pada harga RM7,799 dalam warna Tundra Umber dan Canyon Orange.

Sempena pelancarannya, pelanggan yang membuat pra-tempahan dalam tempoh eksklusif ini akan menikmati naik taraf storan percuma kepada 16GB RAM + 1TB ROM, bersama tawaran purchase-with-purchase Pelan Perlindungan Skrin 1 Tahun pada harga RM99 (RRP: RM399).

OPPO Find X9 Ultra boleh dipra-tempah di lokasi berikut:

Kedai Fizikal

  1. My OPPO Space

  2. OPPO Brand Store

  3. Pengedar Sah OPPO

  4. Rakan Kongsi Chain Store

Kedai Dalam Talian

  1. OPPO Official Online Store

  2. OPPO Authorised Online Store

  3. Rakan E-dagang terpilih

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Find X9 Ultra, sila layari https://www.oppo.com/my/smartphones/series-find-x/find-x9-ultra/