Oppo Malaysia lancar Watch X, jam tangan pintar Wear OS 4 berharga RM1,399

Digital
1 Mar 2024 • 11:10 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Oppo mengumumkan pelancaran Oppo Watch X untuk pasaran Malaysia. Jam tangan pintar flagship keluaran Oppo dengan Wear OS 4 itu dilengkapi GPS, WiFi, NFC dan sambungan Bluetooth.

Harga & promosi Oppo Watch X

image is not available

Oppo Watch X tersedia dalam dua pilihan warna – Platinum Black (hitam) atau Mars Brown (coklat). Untuk warna hitam, ia menampilkan badan keluli tahan karat berwarna hitam, manakala warna coklat pula menggunakan badan keluli tahan karat berwarna perak. Kedua-duanya ditawarkan pada harga RM1,399.

Sempena pelancarannya, bermula 29 Februari hingga 31 Mac 2024, anda boleh mendapatkan rebat RM100 dan membeli tali jam pada harga hanya RM1.

image is not available

Bagi yang berminat mendapatkan Oppo Watch X, anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi Oppo Store, gedung rasmi Oppo di Lazada atau Shopee.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapatkan ganjaran kredit Touch 'n Go eWallet bernilai RM10 dengan memberikan ulasan di laman produk Oppo untuk Oppo Watch X dari 1 hingga 31 Mac 2024. Untuk menyertainya, anda hanya perlu melakukan tiga langkah berikut:

image is not available

  1. Membuat pembelian Oppo Watch X.
  2. Memberikan ulasan mengenai Oppo Watch X bersama sekurang-kurangnya satu video atau dua gambar di laman produk.
  3. Untuk ulasan yang terpilih, Oppo akan menghantar tambah nilai TNG menerusi Live Chat.

Spesifikasi Oppo Watch X 

image is not available

Oppo Watch X mempunyai reka bentuk bulat dan keseluruhan badannya diperbuat daripada keluli tahan karat. Jam itu dilengkapi paparan AMOLED 1.43-inci, yang menawarkan resolusi 466×466 60Hz dengan kecerahan puncak pada 1,000 nits. Muka jam tangan pintar Watch X juga dilindungi Sapphire Crystal Glass bagi mencegah calar dan kerosakan.

image is not available

Jam dengan ciri Always-on Display itu, dikuasakan oleh cip Snapdragon W5 Gen 1 yang dipadankan dengan RAM 2GB dan storan 32GB. Ia dilengkapi sistem operasi Wear OS 4 yang memberikan akses kepada Google Play. Ia bermakna Oppo Watch X juga boleh guna aplikasi seperti Google Maps, Google Assistant, Google Wallet dan sebagainya. Selain itu, jam tangan pintar Oppo Watch X turut dapat memberikan notifikasi mesej atau telefon.

image is not available

Untuk aspek kesihatan dan kecergasan, jam tangan pintar Oppo itu menawarkan pemantauan kesihatan seperti pemantauan kadar jantung, kepekatan oksigen dalam darah dan fasa REM semasa tidur.

Jam tangan itu ada keupayaan tahan air sehingga kedalaman 50 meter dengan penarafan IP68. Oppo Watch X juga menawarkan lebih daripada 100 pilihan mod sukan untuk dijejak seperti larian, berjalan, renang dan banyak lagi.

image is not available

Dengan bateri berkapasiti 500mAh, Oppo Watch X dapat bertahan sehingga 100 jam dalam mod Pintar. Bagi penggunaan intensif pula, ia dikatakan dapat digunakan sekitar tempoh 48 jam. Terdapat juga mod jimat tenaga yang dapat memanjangkan hayat bateri sehingga 12 hari. Jam itu juga menyokong pengecasan pantas VOOC Flash yang menjanjikan penggunaan selama 24 jam dengan hanya 10 minit pengecasan dan cas penuh dari 0-100% dalam masa 60 minit.

Watch X menawarkan sambungan GPS dwifrekuensi, Bluetooth 5.0, WiFi dan juga NFC. Ia boleh dipautkan pada telefon pintar dengan Android 8.0 ke atas.

image is not available

Bagi yang berminat mendapatkan Oppo Watch X yang didatangkan dalam pilihan warna hitam dan coklat itu, anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi Oppo Store, gedung rasmi Oppo di Lazada atau Shopee.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web produk Oppo.

[Sumber: Oppo]

Bacaan berkaitan: