Oppo Malaysia Salurkan Sumbangan Kepada MASKAB Melalui Inisiatif Jualan Oppo A5 Pro

LocalBusiness & Finance
22 Aug 2025 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Malaysia menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Majlis Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (MASKAB) sebagai penghargaan kepada barisan hadapan bomba sempena Hari Kebangsaan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Pemasaran Oppo Malaysia, Monica Qin kepada YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad dalam Majlis Kolaborasi Strategik MASKAB OPPO di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya sebentar tadi.

image is not available

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen pelancaran Oppo A5 Pro yang menyumbang RM1 bagi setiap unit terjual. Kempen tersebut berjaya mengumpul dana hasil sokongan pengguna lalu menjadikan setiap pembelian sebagai simbol penghargaan kepada wira negara.

Oppo turut menghargai kejayaan kerjasama ini dan berharap sumbangan tersebut dapat memberi manfaat kepada MASKAB serta memperkukuh sokongan terhadap barisan hadapan bomba Malaysia.

image is not available

Oppo turut mengumumkan pelancaran Kalendar Edisi Khas Malaysia 2026 yang memaparkan gambar anggota bomba negara yang juga dirakam menggunakan siri Reno 14. Kalendar ini boleh ditebus mulai September melalui aplikasi My OPPO menggunakan mata ganjaran ahli.

image is not available

Dalam masa yang sama, Oppo menganjurkan kempen ‘Semangat Kebangsaan Bersama OPPO’ dari 15 Ogos hingga 16 September 2025. Sepanjang kempen, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM300 untuk model peranti terpilih dan diskaun sehingga RM50 bagi aksesori tertentu di Oppo Brand Store.

image is not available
Oppo A5 Pro

Oppo A5 Pro hadir dalam dua varian iaitu 5G dengan cip Dimensity 6300 dan LTE dengan cip Snapdragon 6s Gen 1. Kedua-duanya sesuai untuk kegunaan harian dengan prestasi seimbang. Harga bagi model 5G ialah RM1099, manakala versi LTE dijual pada RM899.