Oppo Pad SE akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dengan jenama itu telah mula berkongsi maklumat mengenainya di media sosial rasmi. Mereka turut menunjukkan bahawa Pad SE direka khas bagi golongan profesional muda yang sentiasa bergerak.

Merujuk laman senarai Shopee rasmi Oppo, tablet akan hadir dengan beberapa spesifikasi utama seperti bateri 9340Mah, paparan berteknologi Immersive Eye-Care Display, mod khas untuk kanak-kanak (Personalized Kids Mode), serta sistem operasi ColorOS.
Tablet turut dijangka menyokong sambungan Wi-Fi tanpa sokongan selular menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan di rumah atau pejabat dengan sambungan internet stabil. Pilihan warna yang ditawarkan pula termasuk Silver dan Blue.
Laman Shopee turut menunjukkan tablet ini boleh ditawarkan di Malaysia pada 15 Mei 2025 sama dengan pelancarannya di China. Selain itu, Oppo turut akan memperkenalkan fon telinga nirwayar Enco Clip dan peranti baharu siri Reno 14 semasa acara pelancaran di China tersebut.


