Oppo pada hari ini berkongsi pentas bersama Google, sekaligus berkongsi sasaran mereka dalam mendemokrasikan akses kepada kecerdasan buatan janaan dalam membantu kehidupan harian para pengguna peranti mereka.

Antara ciri yang diperlihatkan oleh Oppo adalah termasuk sokongan “AI Recording Summary” dimana ia membolehkan pengguna meringkaskan rakaman suara daripada sesuatu mesyuarat dalam bentuk minit mesyuarat yang mudah difahami. Selain itu, Oppo turut berkongsi ciri AI Summary, AI Writer dan AI Speak yang membantu dalam pelbagai urusan harian meliputi bacaan dan penulisan kandungan.
Segala ciri ini diintegrasikan terus melalui ColorOS 14. Oppo telah pun memperkenalkan ciri kecerdasan buatan melalui model Oppo Find X7, dan kini turut diperluaskan untuk siri Oppo Reno12.
Oppo turut berkongsi mereka menyasarkan 50 juta peranti Oppo dilengkapi dengan sokongan AI generatif atau janaan menjelang penghujung 2024 ini. Disamping itu, Oppo turut menyasarkan untuk mengembalikan siri Find X pada peringkat global menjelang penghujung tahun ini.
