Tencent Melancarkan Aplikasi AI Menjana Watak 3D Yang Boleh Dicetak

TechnologyDigital
18 Jul 2024 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri kecerdasan buatan generatif menjana imej sendiri kepada watak 3D kini menjadi popular. Populariti ciri ini mirip zaman Apple ada Animoji dan semua peranti Android ingin tawar versi alternatif. Sekarang Apple ada Genmoji, Samsung pula Portrait Studio dan Xiaomi pula AI Portrait. Terbaru, Tencent menawarkan aplikasi lebih kurang sama dengan sentuhan lebih hebat iaitu 3D Avatar Dream Factory.

image is not available

Aplikasi ini bukan sahaja boleh menjana watak3D berdasarkan imej pengguna. Ia boleh menjana render model 3D yang berkualiti tinggi dengan bantuan templat. Ia turut menyokong ciri ukiran gemotri dan pemetaan tekstur. Watak 3D ini turut boleh dilihat dalam paparan 360 darjah serta diubah menjadi aset untuk permainan video dan pelbagai projek lain.

Selepas 3D Avatar Dream Factory menjana model, ia turut boleh disimpan dalam format fail yang menyokong pencetak 3D untuk ia dicetak sebagai figura peribadi pengguna yang unik. Aplikasi ini dilihat hanya ditawarkan di China tetapi percayalah jika ia popular, alternatif versi global atau Tencent sendiri pasti akan tawarkan untuk pasaran luar.