Oppo sememangnya tidak asing lagi dengan penawaran tablet tersendiri. Kesemuanya juga bukan sahaja mempunyai manfaat tersendiri malahan turut dikemaksini dengan perkakasan dalaman dan perisian lebih terkini. Perkembangan baharu menunjukkan tablet terkini Pad 3 Pro dijangka boleh diperkenalkan tidak lama lagi. Hal ini berikutan peranti telah ditemui tersenarai melalui laman pensijilan SIRIM yang bukan sahaja mengesahkan kewujudannya malahan boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Ia telah didaftarkan dengan nombor model OPD2402 oleh Jie Business Sdn Bhd sejak 19 Julai 2024 lalu. Malangnya tidak banyak butiran yang diketahui memandangkan peranti masih belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran buat masa ini. Bagaimanapun, ia dijangka boleh menjadi pengganti yang lebih berkuasa daripada model terdahulu. Sekaligus membolehkan para pengguna mempunyai lebih banyak pilihan tablet berkualiti di pasaran untuk kegunaan harian mereka.




![Penunggang Motosikal Terjatuh Akibat ‘Tank Slap’, Ramai Nasihat Jangan Lalu Atas Garisan Putih [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
