Oppo Pad SE telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebagai tablet pelbagai guna untuk tugasan harian. Ia menampilkan skrin LCD bersaiz 11-inci dengan kadar segar semula 90Hz, serta teknologi Immersive Eye-Care Display bagi memastikan keselesaan mata sepanjang tempoh penggunaan.

Tablet ini Dijana oleh cip MediaTek Helio G100 bersama pilihan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 9,345mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 35W. Kamera hadapan dan belakang masing-masing beresolusi 5MP.
Terdapatnya sokongan Kids Mode bagi membolehkan pemantauan yang lebih baik. Ia turut dilengkapi dengan Google Gemini yang berfungsi sebagai pembantu harian bagi tujuan penyelesaian tugas harian yang lebih efisien terutamanya dalam menguruskan kerja pada hari yang sibuk. Sokongan O+ Connect pula memudahkan pemindahan fail antara peranti Oppo dan iPhone.

Harga jualan Pad SE ialah RM699, namun pengguna boleh mendapatkannya dengan harga promosi RM599 melalui sesi pratempahan yang dibuka sehingga 24 Mei 2025.

