Oppo Reno 15 Akan Dilancarkan Pada 10 November 2025

TechnologyDigital
7 Nov 2025 • 4:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo bakal melancarkan siri Reno buat kali kedua tahun ini dan kini mula mengacah kehadiran Reno 15 di pasaran China. Setakat ini, hanya sebuah video promosi pendek telah dimuat naik tanpa sebarang maklumat lanjut termasuk rekaan atau bilangan model yang akan ditawarkan.

image is not available

Walaupun begitu, Oppo dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model utama seperti tahun-tahun sebelumnya. Fokus siri ini dijangka masih tertumpu pada rekaan bergaya, keselesaan penggunaan dan sistem kamera yang menarik dalam kelas pertengahan.

image is not available

Dalam perkembangan berasingan, rekaan awal Reno 15 tularnya imej yang dikongsi oleh DCS meskipun kesahihannya masih belum dapat dipastikan. Berdasarkan imej tersebut, tiada perubahan ketara berbanding model terdahulu kecuali penambahan penjenamaan ‘Reno AI Camera’ pada modul kamera.

Selain itu, imej tersebut turut memberi bayangan bahawa warna putih mungkin menjadi salah satu pilihan yang ditawarkan. Maklumat lanjut mengenai Reno 15 dijangka akan didedahkan dalam masa terdekat.