Rekaan Oppo Find X9 Diperlihatkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
12 Oct 2025 • 9:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Find X9 akan dilancarkan pada 16 Oktober depan dengan terdapat pelbagai spekulasi mengenai rekaan akhir yang bakal digunakan. Oppo akhirnya mendedahkan rekaan Find X9 secara rasmi menerusi video promosi di China. Seperti dijangka ia mempunyai banyak persamaan dengan rekaan OnePlus 15 yang diperlihatkan sebelum ini.

image is not available

Oppo Find X9 mempunyai rekaan bonggol empat segi yang sama seperti OnePlus 15. Ini adalah perubahan besar berbanding bonggol bulat gergasi yang digunakan pada Find X8 tahun lalu. Ini mungkin satu usaha membezakannya dengan peranti siri Vivo X.

Terdapat tiga kamera utama di belakang dengan salah satunya adalah zum telefoto. Logo Hasselblad terpampang dengan jelas membezakannya dengan OnePlus 15 yang tidak lagi bekerjasama dengan syarikat ini.

image is not available

Tubuh sisi adalah berkotak dan skrin juga kelihatan rata. Pada sisi kanan diletakkan butang kuasa serta laras suara sementara pada sisi kiri terdapat butang aksi yang boleh diperibadikan oleh pemilik. Ia telahpun disahkan menggunakan MediaTek Dimensity 9500, dilengkapi kamera telefoto 200MP dan menggunakan ColorOS 16 berasaskan Android 16.