Oppo Watch S hadir sebagai jam tangan pintar dengan rekaan nipis 8.9mm dan berat hanya 35g . Selain itu, ia menampilkan skrin AMOLED 1.46″ dengan kecerahan puncak 3000 nits dalam mod sukan khas Oppo, manakala kecerahan biasa pula mencapai 600 nits.

Oppo Watch S dilengkapi pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan termasuk sensor oksigen darah (16 saluran), sensor kadar denyutan jantung (8 saluran), elektrod ECG, dan sensor suhu pergelangan tangan. Ia juga mampu melakukan pemeriksaan tubuh penuh selama 60 saat merangkumi 13 indikator kesihatan, serta memberi amaran pantas jika terdapat masala. Aplikasi ECG juga diperakui sebagai peranti perubatan Kelas II di China.

Jam ini turut boleh memantau kesihatan vaskular, kualiti tidur (termasuk berdengkur dan corak pernafasan), serta tahap tekanan. Ia menawarkan mod larian profesional yang menganalisis postur larian, kadar tahap oksigen serta mod pembakaran lemak untuk membantu senaman dalam zon kadar denyutan jantung yang sesuai.

Watch S dijana oleh cip BES2800BP dan menyokong GPS dwi-jalur (L1 + L5) dengan sokongan untuk BeiDou, Galileo, GLONASS dan QZSS. Ia menggunakan ColorOS Watch 7.1 serta dilengkapi storan 4GB eMMC.
Baterinya mampu bertahan sehingga 10 hari bergantung kepada penggunaan. Oppo Watch S kini boleh didapati di China dengan harga CNY 1499 iaitu sekitar RM889.


