
TAWAU: Sebanyak 280 kenderaan diperiksa dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah di Jalan Kuhara, di sini, pada Khamis malam.
Operasi itu bermula jam 8 malam dan disertai 63 anggota JPJ, termasuk 16 JPJ negeri, masing-masing lapan petugas daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta empat daripada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Sabah, Romie Matalib berkata, daripada jumlah kenderaan diperiksa, pihaknya mengambil tindakan ke atas 42 kenderaan atas pelbagai kesalahan.

