Ops Bersih: 6 restoran di Sandakan diarah tutup

15 Apr 2023 • 12:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Sebanyak enam restoran diarahkan tutup selama 14 hari selepas premis mereka didapati tidak bersih atau perlu pembersihan sewajarnya.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, arahan itu dibuat susulan pemeriksaan Ops Bersih Premis Makanan Siri 3/2023 yang diadakan selama dua hari di sini pada 12 dan 13 April.

Dalam operasi tersebut, pihaknya memeriksa sebanyak 25 kedai makan dan dua gerai di sekitar Bandar Kim Fung, Bandar Pasaraya dan Bandar Utama.