OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman

LocalCars
30 Apr 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 58,596 notis saman serta mengambil tindakan terhadap 33,452 kenderaan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2025 yang dijalankan di seluruh negara bermula 24 Mac hingga 8 April lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata sepanjang tempoh operasi itu, sebanyak 323,876 kenderaan diperiksa, manakala 683 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

image is not available

Malah, pihak JPJ turut menerima 6,687 aduan berkaitan kesalahan jalan raya menerusi aplikasi MyJPJ sepanjang Ops HRA 2025 dilaksana.

"Tiga kesalahan paling kerap dikesan sepanjang Ops HRA ialah memotong barisan (1,766), memandu di lorong kecemasan (1,625) dan gagal mematuhi lampu isyarat merah (843)," katanya.

Malah, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kemalangan sepanjang musim perayaan mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus iaitu 9,859 kes berbanding 8,862 kes pada tahun lalu.

Namun, jumlah kemalangan maut menurun sebanyak 28.5 peratus dengan hanya 85 kes tahun.