Ops Pewa: 206 kenderaa disita, 790 notis dikeluarkan JPJ Perak

29 Jul 2026 • 2:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ops Pewa: 206 kenderaa disita, 790 notis dikeluarkan JPJ Perak

TAIPING – Sebanyak 206 kenderaan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak menerusi Operasi Pemandu Warga Asing (Op Pewa) yang dilaksanakan bermula 1 Januari hingga hari ini.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, berkata jumlah itu membabitkan 188 kenderaan yang direkodkan sehingga 28 Julai lalu, manakala tambahan 18 kenderaan lagi disita dalam operasi pada hari ini.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang disita, sebanyak 152 adalah motosikal, 27 motokar dan 19 kenderaan barangan.

“Operasi ini bukan tindakan bermusim, sebaliknya sebahagian daripada penguatkuasaan berjadual sepanjang tahun berdasarkan risikan, aduan orang ramai dan analisis kawasan berisiko tinggi,” katanya pada sidang akhbar Op Pewa di di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kesalahan utama yang dikesan sepanjang operasi ialah memandu tanpa lesen kompeten (CDL) sebanyak 380 kes, cukai jalan tamat tempoh (126 kes), tiada perlindungan insurans (117 kes), kesalahan teknikal lain (105 kes) serta salah guna LKM (17 kes).

Katanya, sebanyak 790 notis dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan, selain 188 notis sitaan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Ops Pewa: 206 kenderaa disita, 790 notis dikeluarkan JPJ Perak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved